DashboardFollow

Bintu Hairi
#PrayForGaza
Friday, 16 November 2012 | 12:35
Assalamualaikum.........

\Bismillahirrahmanirrahim/ Innalillah...saudara islam kita di palestin sekarang bermandi darah berperang dengan yahudi israel. Takkan kita kat Malaysia nak diam je kan. Apa kita mampu buat? Kita tak mampu pergi sana untuk membantu dan bersama dlm peperangan. Tp kita hanya mampu berdoa agar mereka sentiasa dilindungi dan selamat. Doa itu senjata. Allah bersama org org islam. InsyaAllah, sesungguhnya Allah Maha Pelindung dan Melindungi. Allah Maha Berkuasa atas segala galanya. Allahu akbar. Islam sentiasa menang. 



Tak sanggup weh nak tngok gambar gambar mangsa peperangan. Ini baru gambar, kalau real mcm manalah agaknya. Lagi berat, lagi teruk, lagi seksa. Innalillah.....kabanyakan budak kecik, bayi yang terkorban. Apa salah dorg. Dorg tk salah apa apa. Israel zalim! Okay kalau cerita atau teringat pasal peperangan Gaza mmg nak nangis. Hmmm.......okay baca kat bawah ni kejadian aneh yg berlaku. MasyaAllah..

Allahuakhbar ! Keajaiban di
Peperangan Gaza

Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif
Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan
Muslimin Malaysia yang telah pergi

ke Gaza.
Berikut adalah beberapa kisah
benar dan pengalaman beliau di
Gaza :

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza
berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran,
komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki
kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba
senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu
menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka
berfungsi dan menembak
sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati
baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang
menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!


Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa
mereka melihat pejuang Gaza
kesemuanya berpakaian putih
sedangakan uniform pejuang
Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???


Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-
tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah
yang melakukannya.



Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza
mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri!
Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-
roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu
roket itu meluncur laju ke udara
tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu
mengenai sasaran di Israel !


Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan
Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan
pedang dari sarungnya. Ulama itu
berkata, "Wahai Rasulullah, ke
mana kamu mahu pergi?", lalu
baginda menjawab, "Aku mahu
berperang di Gaza !!!". MasyaAllah,
Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah
kita?


Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan
oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik
setelah berada lebih seminggu di
Gaza atas misi kemanusiaan. Ia
kisah benar yang perlu umat
Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

p/s : Teruskan berdoa untuk mereka dan Al-Fatihah Untuk
Saudara Islam Kita Yang Terkorban..


// Baru

Assalamualaikum w.b.t. Salam Ukhuwah fillah abadan abada. A muslim. Ini medan kecil dakwah buat diri. Segala coretan jika punya silap dan kurang mohon tegur dan diperbetulkan. Muslimah menaip.

Credits.

Template by : JellyMustache
Codes by : Jaja & Lettha
Design by : Izyan Nazirah
Edited by : BintuHairi.
Instagram : BintuHairy