DashboardFollow

Bintu Hairi
Berniat kerana Allah.
Sunday, 27 January 2013 | 21:06
Assalamualaikum wbt :)

\\Bismillahiwalhamdulillah// Salam ukhuwah fillah! Okay baru balik dari kampung sebenarnya. Akak saudara kahwin. Time nak nikah tu saje je imam tu melambat lambatkan siap bersepiking lagi. Hohoh. Tp bukan sengaja sbnrnya tp mmg kena kan dah tnggungjwb dia, kalau tk sah nnt dia kena tanggung dosa. Tp dlm hati aku..."haihh nak kahwin jugak" okay ini gatal. tipu tipu, memain jelaa weh haduii poyo~ xD Okay tp kalau aku nnt tknk baju yg labuh sampai sapu lantai semua. Just simple lepastu tudung tknk masukkan dlm baju. pakai tudung biasa. tknk makeup sgt lepastu...........kay sudah berangan, aku lempang kau karang -.-

Okay cerita psl "niat kerana Allah" sebelum kita nak buat sesuatu, betulkan niat dlm hati dulu. "Aku buat ni sebab Allah. Semata mata kerana Allah" InsyaaAllah amalan kita diterima. Tak kesahlah apapun :)

Berbuat amal kerana manusia, syirik. Berhenti berbuat amal kerana manusia, riak. Berbuat amal kerana Allah, ikhlas :)

Faham? Alhamdulillah :) Hehe mksudnya, kita berbuat sesuatu sbb kita nk dpt pujian dri seseorg, ingin kan nama semata. Itu syirik. Kita berhenti berbuat sesuatu, cth..kita berdakwah tp kita berhenti berdakwah sbb kita tknk org pandang kita mcm "eleh bajet nya dia ni" itu riak. Tp kalau kita buat sesuatu sbb kita nak hidup dlm keredhaan Allah, sbb Allah, itu ikhlas. Wallahualam. Semoga Allah menerima ibadah kita, sbb keikhlasan yg sbnr hanya Allah yg tahu, Dia Maha Mengetahui :)

Okay nk kongsi satu cerita pasal golongan yg pertama masuk...neraka...semoga kita bukan satu daripadanya.

Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah “orang alim” , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T.
ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,”Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?” Orang itu menjawab. “Benar,wahai Tuhan.” ALLAH SWT kembali bertanya. ”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?” Orang tersebut menjawab, ”Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari” Malaikat berkata kepadanya, “engkau berdusta”. ALLAH SWT berfirman “engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.
Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ”Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup”. Orang itu menjawab, ”Benar wahai tuhan”. ALLAH SWT kemudian bertanya, ”Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?”, dia menjawab, ”Dengannya aku bersillaturrahir03;m dan juga bersedekah.” ALLAH SWT berfirman kepadanya, “Engkau dusta”. Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.”
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ”Apa yang menyebabkanmu terbunuh?” Dia menjawab, ”Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.” Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,”Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu.” ALLAH SWT berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani”.
“Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ”Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.””
P/S:Niat dan keikhlasan dalam hati kita harus kuat dalam mengerjakan sesuatu perkara……. Hanya Kerana ALLAH SWT. DIA maha mengetahui setiap apa yang kita lakukan…
Senang cerita, berbuat kebaikan bukan sbb nk tunjuk kat org "aku ni alim" tp sbb Allah. Bersedekah bukan sbb "aku ada duit banyak" tp sbb Allah. Berperang bukan sbb "aku nk tunjuk aku ni berani" tp sbb Allah. Niat kerana Allah. Semoga kita sama sama mendapat rahmat dan keredhaanNya :') Amin Ya Rabb


Lagi // Baru

Assalamualaikum w.b.t. Salam Ukhuwah fillah abadan abada. A muslim. Ini medan kecil dakwah buat diri. Segala coretan jika punya silap dan kurang mohon tegur dan diperbetulkan. Muslimah menaip.

Credits.

Template by : JellyMustache
Codes by : Jaja & Lettha
Design by : Izyan Nazirah
Edited by : BintuHairi.
Instagram : BintuHairy