DashboardFollow

Bintu Hairi
Allah beri kita dua jalan pilihan.
Monday, 11 March 2013 | 04:36

Assalamualaikum wbt :)

\\Bismillahiwalhamdulillah// Allah beri kita dua jalan pilihan. Kita boleh pilih. Jalan kesyurga atau jalan ke neraka. ((alah dah biasa dengar lah)) tp pernah sedar tak? Pernah kita usaha untuk meraih syurga Illahi? Kengkadang kita pernah usaha nak jd baik tp tak boleh, mesti ada halangan tp patut ke kita putus asa? ((tak patut tak patut~)) Nak masuk syurga bukan senang tp tak susah. Nak masuk syurga banyak jalan. Cari jalan kebenaran. Jgn sampai jatuh dri landasan kebenaran. 

Manusia sekarang hidup dlm kejahilan. Sebab itu dalam Quran pun menyebut "manusia itu kerugian". Aku manusia, kau juga manusia. Kita bukan nabi yg bersifat maksum yg tak buat salah. Semua org buat salah. Sbb itu musibah dan ujian itut tarbiyah. Bak kata ustaz fadhilah kamsah "tingkatkan diri perkasa peribadi" ((ewah kau haa~)) 

Kita mengaku hamba Allah, tp tidak melakukan perintahNya seolah olah tidak kesah tentang azab diakhirat. Kita mengaku umat Rasulullah, tp tidak melakukan sunnahnya sedangkan bagindalah akan membantu kita dan memberi kita syafaat diakhirat nnt. Kita mengaku islam dan beriman tp kita hidup cara jahiliyyah. Cara Jahiliyyah? Terlalu banyak sayang, bertudung tetapi nampak bentuk leher, berbonggol unta dikepala, memakai tudung tidak menutup daha *turban* bertabarruj dlm pakaian. Cara pakaian kita sekarang tidak seperti cara islam. Sebaik baik pakaian ialah pakaian taqwa. Sabda Rasulullah s.a.w: Jika kau menyerupai sesuatu kaum, kau sebahagian drpdnya. Mcm mana kalau kita ikut cara org barat yg dikatakan trend, kita pakai ikut cara dorg tp kita mengaku umat Rasulullah, Rasulullah mengaku ke kita umatnya? Muhasabah..........

Kita mengaku beriman. Mulut kata "Aku beriman kpd Allah dan RasulullahNya" Siap hafal lah kan ke-enam nam rukum iman sejak tadika katanya. Tp kita dusta. Mulut mengaku beriman, tp hati ..Allah yg tahu. Kita lupa ke Allah Maha Mengetahui? Tkpe sayang, berusahalah menjadi org yg beriman, mohonlah kpd Allah agar diberi jiwa ketaqwaan. Jadi. mana jalan yg kita pilih? Syurga atau neraka? Sudah mula berusaha?

Saudara islamku, Allah tak pernah tidur. Kita buat baik dia nampak walaupun orang tidak mengetahui. Dia Tahu. Beramallah kpd Allah. Ikhlaslah.....ikhlas kerana Allah. Syurga itu benar, neraka itu benar. Buat baik tempatnya syurga buat jahat balasannya neraka. Mcm aku pnh ckp, andai syurga dan neraka tidak wujud..adakah kau masih ikut perintah Allah sebagai hambaNya? ((Tanya hati #NoteToMyself)) Kita buat sebab Allah, sebab Allah, sebab Allah. Jika kita diberi syurga itu adalah ganjaran pagi kebaikan. Syurga itu indah, sangat indah sehingga tak akan, tak boleh, tak pernah dibayang oleh mata,hati mahupun akal. Neraka itu perit perit perit perit sangat perit. Sehingga dlm Quran menyebut..akan ada dineraka nnt orang kafir menyesal kerana tidak memilih islam sebagai agamanya. Tp sayang sbb akhirat itu perhintungan, dunia tmpt beramal. Jdi mana jalan yg kita pilih? Kita muslim. Allah tuhan kita. Nabi Muhammad Rasul kita. Quran pengangan. Sunnah amalan. Pilihlah jangan kebenaran. Tarbiyah diri aku. Tarbiyah diri kamu. Tarbiyah diri kalian. Tarbiyah diri semua umat islam. Jdikan islam kukuh setiap kaki melangkah. Kerana dunia ini milik Allah. 

Bila kita ingat syurga, kita akan berusaha buat kebaikan. Bila kita ingat neraka, kita berhenti buat keburukan. Jadi, ingatlah kedua-duanya.

Kata kata bukan untuk suka suka. Kengkadang aku risau kalau apa yg aku sampai aku sendiri tidak amalkan. Sebab itu apa yg aku sampaikan adalah untuk diri aku sendiri. Untuk aku tarbiyah diri.


Lagi // Baru

Assalamualaikum w.b.t. Salam Ukhuwah fillah abadan abada. A muslim. Ini medan kecil dakwah buat diri. Segala coretan jika punya silap dan kurang mohon tegur dan diperbetulkan. Muslimah menaip.

Credits.

Template by : JellyMustache
Codes by : Jaja & Lettha
Design by : Izyan Nazirah
Edited by : BintuHairi.
Instagram : BintuHairy