DashboardFollow

Bintu Hairi
Kita berhak menegur, tapi cukup Allah yg menilai.
Monday, 18 March 2013 | 09:12
Assalamualaikum wbt :)

\\Bismillahiwalhamdulillah// Pernah ke rasa mcm orang tak puas hati dgn kita? Pernah ke rasa orang anggap kita salah? Pernah ke orang selalu fikir negatif pasal kita? Pernah ke orang cari tahu hal kita sebab dia nak jd penyebok menyebar cerita? ((orang mcm ni mengambil berat senanya, sebab takde kerja lain selain amik tahu psl kita)) Kenapa manusia jarang fikir baik pasal orang lain? Sebab dia tak suka orang tu atau dia memang jenis seorang pndengki? Lumrah~

Situasi 1:
Dia selalu dakwah. Dari atas sampai bawah memang semua cerita dakwah. Niatnya mungkin baik untuk mantapkan islam. Tp pandangan manusia.....
Pandangan negatif: ((macam baik padahal bukannya baik mana pun. Hipokrit. Bajet je. Nak famous kot. Nak dakwah pon takyah tunjuk sgt, mcm bagus)) *analogi sahaja*
Pandangan positif: Cantik tak cantik, tutup aurat tak tutup aurat lain cerita, dakwah still boleh terima. Mungkin dia mmg ikhlas, tp taktahu lah itu urusan dia dgn Allah. Just terima dakwah dia untuk diri. Mungkin dakwah tu untuk dia juga kan.

Situasi 2:
Kejap tweet dakwah. Kejap tweet lawak. Kejap tweet random. Niat sebab sesaje je. Untuk hilangkan bosan. Bukan sebab sesiapa.
Pandangan negatif: ((Dia ni tukar tukar tweet, tagih nk femes ke mende. Poyo je))
Pandangan positif: Itu sukahatila dia nak buat apa. Mungkin dakwah tu tetibe dia teringat nk bgtau. Dia tak banyak ilmu. Cukup dia sampaikan apa yg dia tahu. Mungkin tak dakwah keseluruhan, sekurangnya dia cuba drpd tak dakwah langsung.

Situasi 3: 
Memang peminat tegar bieber/directioner/wanted etc. 99% cerita pasal benda yg dia minat. Sekadar luahan perasaan. ((asalkan bukan over fanatic, ingat Allah))
Sangka buruk: ((Dia ni takde kerja lain ke. Benda tu bukan boleh tolong kau kat akhirat. Lebih baik kau cerita psl islam ke, pasal negara yg tengah perang ke))
Sangka baik: Alah dia nmpk mcm tu pun mana tahu dia pon selalu beribadah lebih dari yg korg buat. Korg nmpk apa yg dorg buat, tp ibadah yg dorg buat korg tktahu. Mungkin itu just luahan dia. Lgpon mungkin dia ada doakan bg peperangn yg berlaku cuma dia tk tunjuk je.Tp apepon jgn over sgt sbb yg layak digelar idola tu Rasulullah. Sbb idola tu seseorg yg boleh dicontohi. Artis tak boleh beri syafaat kat akhirat. Sikit tkpe, asalkan jgn melebih. 

Wallahu'am. Pandangan manusia berbeza. Contohnya lelaki, ada lelaki dia berpakaian biasa, nmpk mcm sama je dgn lelaki lain tp hakikatnya dia sbrnya org alim. Tp disebabkan pakaian dorg bukan berjubah mahupun berserban dorg fikir mereka semua sama. Kita tak tahu sebab kita tk nmpk. Sbb tu, diam itu lebih baik. Tp ini bg berpandangan baik. Kalau kita nmpk kemungkaran itu, cegahlah :) faham?

Sebenarnya semua tu takde nilainya pun, cuma manusia terlalu pertikaikan. Itu bukan masalah awak untuk menilai seseorang, sebab yg menilai itu hanya Allah. Kita cuma berhak menegur dan mengajak ke arah kebaikan. Yg menghukum atau menilai itu Allah. 
Seribu kebaikan kita buat, orang takkan nampak dan orang takkan kesah pun benda baik yang kita buat. Tapi sekali kita buat jahat, keburukan kita akan tersebar dalam masa yang sekejap. Kita buat baik sekalipun orang tak anggap itu benda baik melainkan org kata itu 'bejet' tp bila kita buat jahat org anggap fuhh kitalah yg paling jahat. Yg baik pun jahat, yang jahat pon jahat. Masalah. Cukup Allah mengetahui. Walaupun dikutuk dibenci, cukuplah sabar sebagai kunci iman dihati :)



Lagi // Baru

Assalamualaikum w.b.t. Salam Ukhuwah fillah abadan abada. A muslim. Ini medan kecil dakwah buat diri. Segala coretan jika punya silap dan kurang mohon tegur dan diperbetulkan. Muslimah menaip.

Credits.

Template by : JellyMustache
Codes by : Jaja & Lettha
Design by : Izyan Nazirah
Edited by : BintuHairi.
Instagram : BintuHairy