Bukan susah sangat. Kenapa taknak?
Bismillah (Dengan nama Allah)
"Wahai muslimah, tutuplah aurat. Kalau awak dalam penjagaan Allah, siapa saya nak cakap awak tak cantik" -Ustaz Don Daniyal
Siapa kita nak menilai ciptaan Allah sedangkan Dia sudah menciptakan manusia dengan penuh teliti dan sempurna. Jagalah hak Allah. Ikutlah perintah Allah. Ok bak kata ustaz "ini ayat poyo". Nak buat cemana kalau dah tak tahu nak taip serupa apa.
Senang cerita.
Mungkin terlalu banyak konflik atau sebab kenapa masih ada yang tak mahu menutup aurat. Kalau tadi kata dari ustaz don. Ini ustaz azhar idrus (kasi yang orang kenal)
"Tutup aurat tak semestinya pakai tudung. Tak wajib pakai tudung tapi wajib tutup aurat"
Muslimah, Hijab, awal kebaikan.
Pelbagai Alasan. Contoh (
"Belum sampai seru" (ini femes)
Buka kitabullah/kalamullah berapa banyak surah yang Allah seru supaya kita menutup aurat dan balasan bg yang tak buat.
Atau mungkin. Banyak alasan atau sebab. Takpe dia beri kita jawab.
"Apa yang kita pakai tak penting. Yang penting memiliki hati yang ikhlas dan suci"
"Kalau apa yang kita pakai tu tak penting, habistu kenapa habiskan masa dengan solekan, pakaian mahal tak tutup aurat untuk nampak cantik. Kalau apa yg kita pakai tak penting, kalau mcm tu pakai baju koyak pun takpe asal hati suci"
"Pakai tudung buat saya tak bebas. Itu tak boleh ini tak boleh"
"Habistu dedah aurat buat awak rasa bebas? Wanita itu fitnah dunia, awak selesa jd bualan org? Tak malu ke?"
"Bebas tu apa?"
"Bebas buat apa yang kita suka"
"Tak.Kebebasan yg sbnr ialah kita buat baik tanpa bimbangkan apa org lain nak kata. Sbb kita tahu kita buat sbb Allah. Tak syg Allah ke? Kalau syg kena taat."
"Zaman skrg, ramai yg tak pakai tudung tp dia baik. Yg pakai tudung pun perangai jahat"
"Habistu? kalau org yg kaki botol tu baik, awak pun nk jd kaki botol lah?"
"Aku taknak jadi hipokrit"
"Awak hipokrit sebab tak taat perintah Allah"
"Kalau pakai tudung tak ramai orang suka"
"Habistu, org yg pakai tudung tu takde orang suka lah? Ingat, orang yang tak patuh perintah Allah tak layak disukai"
"Kenapa nak pertikaikan soal tudung. Tak pakai tudung je pon"
"Habistu, kenapa awak pertikaikan dia pakai baju buruk/atau pakai apa"
"Tudung bukan cuma sehelai pakaian tapi dia juga perintah Allah. Dan kita wajib patuh."
"Jangan biar dunia kawal awak untuk tentukan pakaian apa yg awak perlu pakai. Kawal diri untuk taat apa Allah suruh. Peduli apa org nak kata"
"Dan rugilah mereka yang mengotorkan jiwanya" Al-Quran 91:10
Macam annoying. Tapi ini realiti.
Kita buat baik orang tak suka.
Kita buat jahat lagi lah orang hina.
Takpe, biarkan orang nak kata apa.
Jadilah orang yang Allah redha.
Credit: Youtube.com/DilemaSeorangWanita
♔ 0 PetiSimpanan
