DashboardFollow

Bintu Hairi
Sayangnya Rasulullah pada kita. Kita?
Saturday, 6 July 2013 | 19:25
Assalamualaikum wbt.
Bismillah. (Dengan nama Allah)

"Allahumma solli'ala saidina muhammad, wa'ala alihi wasahbihi wabarik wassalam"

Sayangkah kita pada Rasulullah s.a.w? Rindukah kita pada baginda? Rindu? Sayang? Tipu!! Kalau sayang dan rindu, kenapa sunnah baginda kita tak buat, wasiat baginda kita abaikan, salawat ke atas baginda kita buat-2 lupa? Itu kita kata rindu dan sayang? Macam mana nak dapat syafaat sdgkan baginda yg akan menolong kita keluar dr neraka :'( Sedihnya mengenangkan diri kita yang lupa pada orang yang selalu mengingati kita. Kadang kita leka, masih ada yg sentiasa merindui kita tp kita tak membalas pun.

Untuk mengingati, hayati ini......

Drpd Abbas r.a Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang pertama yang dibangkitkan dari kubur nanti ialah Muhammad s.a.w.
Jibril a.s. akan datang kepadanya membawa seekor Buraq.
Isriafil datang membawa bendera dan mahkota.
Izrail datang membawa pakaian pakaian syurga.

Israfil bersuara "Wahai roh yang baik. Kembalilah kepada tubuh yang baik. Maka kubur terbelah dua. Pada seruan kedua pula kubur mula terbongkar. Pada seruan ketiga, pada Rasulullah s.a.w sedang berdiri, baginda membuang tanah pada rambut dan janggut baginda s.a.w. Baginda pandang kanan dan kiri dapati tiada lagi bangunan. Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda s.a.w bersabda "Kekasihku Jibril, gembirakanlah aku"

Jibril a.s berkata "Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?"

Baginda s.a.w bersabda "Bukan seperti itu pertanyaanku"

Jibril a.s berkata "Apakah kamu tidak melihat bendera yang terpacak diatasmu?"

Baginda s.a.w "Bukan itu maksud pertanyaanku"

Baginda s.a.w "Aku bertanyakan kepadamu akan UMATKU. Dimana perjanjian mereka? nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku"

Jibril a.s menyeru "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah ta'ala"

*Umat umat datang dalam keadaan satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat baginda akan bertanya "Dimana umatku?"

Jibril a.s berkata "Wahai Muhammad, umatmu adalah umat yang terakhir"

Apabila Nabi Isa datang, Jibril a.s menyeru "Tempatmu!" Maka Nabi Isa a.s dan Jibirl a.s menangis.

Nabi Muhammad s.a.w berkata "Kenapa kamu berdua menangis?"

Jibril a.s berkata "Bagaimana keadaan umatmu Muhammad?"

Nabi Muhammad s.a.w bertanya "Mana umatku?"

Jibril a.s berkata "Mereka telah datang, mereka berjalan lambat dan perlahan."

Apabila mendengar cerita yang demikian, Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya "Wahai Jibril, bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"

Jibril a.s berkata "Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w"

Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa, mereka menangis serta memikul beban di atas mereka sambil menyeru "Wahai Muhammad"

Nabi Muhammad s.a.w bersabda "Wahai umatku"

Mereka berkumpul disisinya. Umat umatnya menangis :'(

Allah s.w.t ta'ala berfirman dalam keadaan dia mengetahui sesuatu yang tersembunyi "Dimana umat Muhammad s.a.w?"

Jibril a.s berkata "Mereka adalah sebaik umat"

Allah ta'ala berfirman "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawanya umatnya akan datang untuk ditayangkan dihadapanKu"

Jibril a.s kembali dalam keadaan menangis sambil berkata "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah ta'ala"

Nabi Muhammad s.a.w berpaling ke arah umatnya lalu berkata "Sesungguhnya telah dipanggil untuk dihadapkan oleh Allah ta'ala."

Allah ta'ala berfirman "Hari ini Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Harini aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu"

Suara tangisan dan jeritan semakin kuat.....

Nabi Muhammad s.a.w menyeru "Tuhanku. Penguasaku. Penghuluku. Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku minta untuk umatku dariMU"

Ketika itu juga neraka jahanam berseru "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?" "Wahai Tuhanku. Penguasaku. Penghuluku. Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaan. Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku. Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan"

Nabi Muhammad lebih lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali lagi Rasulullah s.a.w sujud dihadapan arsy Allah s.w.t, dan sekali lagi baginda s.a.w rukuk untuk memberi syafaat pada umatnya.

Para nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya"

Fatimah r.a bertanya "Bagaimana aku hendak mendapatkanmu di hari akhirat kelak nanti wahai bapaku"

Baginda s.a.w menjawab "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku"

Tatkala umat Muhammad s.a.w sedang mencari mimbar untuk mendapatkan syafaat Nabi Muhammad s.a.w  pada hari kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w dia berkata "Ini umat Nabi Muhammad s.a.w, mereka telah sesat dari nabi mereka"

Suara Marian telah didengari oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w "Ini umatmu, wahai Muhammad. Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syaafat kepada Allah ta'ala"

Nabi Muhammad s.a.w menjerit dari atas mimbar lalu bersabda "Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah ta'ala untukmu"

Umat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul disisinya.

Ketika di atas sirat, Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Malaikat Malik "Wahai Malik, dengan kebenaran Allah ta'ala ke atasmu. palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi. Jika tidak hati mereka akan gentar apabila melihatmu"

Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas sirat. Setiap kali baginda s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut  di atas Sirat, baginda s.a.w menarik tangannya dan membangunkannya kembali.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda "Tuhan! Selamatkanlah mereka! Tuhan! Selamatkanlah mereka!"

...........................................................


Sayangnya Rasulullah s.a.w pada kita sehingga menangis kerana kita, sujud dan rukuk pada Allah untuk memberi syafaat kepada kita. Sehinggakan Nabi Adam sendiri kata Rasulullah sangat mengambil berat tentang umatnya. SubhanAllah bangganya dan sangat syukur kita menjadi umat Muhammad s.a.w :') Salawatlah kepada Rasulullah s.a.w kerana baginda lah Rasul kesayangan kita. Tak pernah sekali baginda lupa kita, jd patot ke kita lupakan baginda? :'( Nabi Muhammad s.a.w idola kita satu satunya, baginda yang akan memberi syafaat dan tolong kita di akhirat sana. Baginda yang memberi kita minum air di telaga sewaktu kita dahaga. Rasulullah tarik tangan kita semasa di titian sirat. Baginda juga yang selamatkan kita dr seksa nereka. Tolonglah, tolonglah salawat ke atas Rasulullah, hidupkan sunnah, amalkan cara islam yg dipesan oleh Allah dan yg diajar oleh Rasulullah. Jgn biarkan air mata Rasulullah jatuh sbb kita :'(

Sabda Rasulullah s.a.w "Orang yang paling dekat denganku di hari kiamat ialah
 mereka yang paling banyak salawat ke atasku"




Lagi // Baru

Assalamualaikum w.b.t. Salam Ukhuwah fillah abadan abada. A muslim. Ini medan kecil dakwah buat diri. Segala coretan jika punya silap dan kurang mohon tegur dan diperbetulkan. Muslimah menaip.

Credits.

Template by : JellyMustache
Codes by : Jaja & Lettha
Design by : Izyan Nazirah
Edited by : BintuHairi.
Instagram : BintuHairy