DashboardFollow

Bintu Hairi
Teruskan berdoa.
Saturday, 15 March 2014 | 00:52
Assalamualaikum w.b.t
Bismillahi wal hamdulillah.

Alhamdulillah, lama dah tak update (takde orang peduli) k takpe, saya tahu saya siapa. Ayat ni buat orang rasa nak bagi penampar tiga enam kosong darjah. Ok lek lek. Kita teruskan. Hmph

Akhir akhir ni kita diuji dengan ujian yang terus terusan datang. Memula kemarau. Lepastu tak ada air. Sekarang kehilangan pesawat. Dahtu muncul lah ahli tafsir segera yg mula mentafsir dan mengaitkan dgn ayat Quran. Maaf sekali lagi maaf. Mmg Quran itu sudah tertulis apa sudah, akan, bakal berlaku. Allah berkata kata dlm Quran supaya manusia itu berfikir. Tp sebagai hamba yg sgt jahil kita tidak boleh main tafsir. Itu ayat Quran bro buka buku cerita karang manusia. Sedangkan kita sendiri tak tahu bila masa yg tepat pesawat itu hilang. Allah Maha Mengetahui, Kun Faya Kun. Tp amiklah pengajaran dr apa yg berlaku. Bukan "Weh tngok surah ni, Allah dah kata lah kapal tenggelam" Lek, duk lu tarik nafas. Itu Allah ceritakan pd zamn Nabi Nuh. 

Tp amik pengajaran dr segi apa? Allah Berkuasa, bila bila je Allah boleh turunkan ujian dan musibah buat kita. Dunia akhir zaman, manusia mula ingkar. Kita tkkan tahu apa bakal berlaku. Jd mula dgn diri, mula cari bekal. Suap sendiri. Bukan tunggu orang dtg bawakkan bekalan untuk kita. Mula langkah moga Allah redha kita hidup didunia.

Tp Copp!! Knp tiap kali berlaku satu musibah org mula mencari Quran untuk mentafsir? Sedangkan mereka yg menjdkan Quran sebagai teman (Ahli Tafsir/Alim ulama') sepatotnya lebih tahu tntg apa isi tersirat dlm Quran. Tp knp mereka tak kaitkan? Sbb mereka masih menkaji. Mereka punya otak berfikir untuk tidak salah gunakan hak Allah. Tp kita hamba yg sangat jahil ini hanya menkaji Quran saat perlu dah terus menjadi ahli tafsir segera tanpa sebarang ilmu. Mula berfikir. Quran bukan hanya boleh diterjemah melalui akal fikirkan tp harus berfikir menggunakan ilmu. 


Moga Allah tak marah pada kita, moga Allah bantu kita, bersangka baik pada Allah, Allah akan bantu. Ini semua ujian, Allah mahu lihat sejauh mana kita beriman dan percaya pd Allah. Sejauh mana ukhuwah kita sesama muslim. Kalau dulu umat Islam seolah "Kau, kau. Aku, aku" skrg umat Islam membantu dgn berdoa dan jemaah solat hajat. Kalau dulu kita tak pernah terfikir setitik air hujan itu berharga skrg kita sedar kita mengharap hujan turun. Awan merajuk dengan kita ~~ Kalau dulu kita terlupa Allah Maha Kuasa dan mengharap bantuan manusia, lihatlah skrg teknologi canggih pun tk mampu mengesan MH370. Tiada kuasa selain Allah. Kalau Allah tidak berkehendak maka tidak jadilah sesuatu perkara. Mula langkah baru. Bertaqwalah dan bertaubatlah pd Allah. Semua yg berlaku pasti punya hikmah. Percaya pd kuasa Allah. Teruskan berdoa :')

Pray

Maaf atas karangan panjang SPM. Sekian.



Lagi // Baru

Assalamualaikum w.b.t. Salam Ukhuwah fillah abadan abada. A muslim. Ini medan kecil dakwah buat diri. Segala coretan jika punya silap dan kurang mohon tegur dan diperbetulkan. Muslimah menaip.

Credits.

Template by : JellyMustache
Codes by : Jaja & Lettha
Design by : Izyan Nazirah
Edited by : BintuHairi.
Instagram : BintuHairy