DashboardFollow

Bintu Hairi
Sebab fitrah manusia saling melengkapkan
Saturday, 10 January 2015 | 11:24
Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim

Malas nak buat permulaan atau segala jenis plot cerita. Meh direct teruih. Dia punya point bunyi dia macam ni--- dalam dunia ni kita tak perlu merendahkan atau memandang rendah kebolehan, pekerjaan, kehidupan atau pebenda lah yang kau rasa kau nak rendah rendahkan. Bukak topik ni bukan sebab sedih direndahkan. Well benda tu biasa bila orang tak percaya apa kita boleh buat or eniting els, uish speaking ala malaysia kau~ Terdapat ilham untuk buka cerita ni sebab bila kita keluar kita perati orang kita dapat ibrah, sebab sesuatu berlaku pastu Allah selitkan hikmah.


Analogi, kau jenis pelajar lepasan ijazah or lebih tinggi dari tu. Habis belajar peluang pekerjaan yg ada kena ngena dgn jurusan yg kau ambil kurang. So kau menganggur. Kau dapat tahu ada tempat biasa biasa yang memerlukan pekerja tp boleh bagi gaji yg se-level dengan pencapaian pendidikan kau. But kau taknak sebab bagi kau, kau boleh dapat pekerjaan yang lebih baik padahal sampai laaa ni (loghat penang) tak dapat. Sebab kau terlalu fikirkan kau punya sijil ijazah kau etc, kau terlalu berharap kau dapat kerja yang setanding dengan pencapaian kau. Atau kau malu bila orang punya mulut dok kata "apa lah belajar tingi tingii kerja tu je" But why not, kau try? At least dalam masa kau kerja pekerjaan yg tak setanding dengan pencapaian kau tu kononya dlm masa yg sama kau cari kerja jugak. Allah pasti merancang yang lebih baik. Yakin yang Allah ada bersama dalam penat lelah dalam segala apa yang kau buat. Kalau mulut orang yang kau kesahkan, just pegang satu ayat "rezeki itu ada dimana mana" sebab kadang kita taktahu apa sebenarnya yg Allah telah rancangkan untuk kita.


Lagi satu ibrah yang aku dpt, aku pergi baiki kereta then aku tngok je org tu betulkan kereta, then aku terfikir apa lah org pandang sebelah mata je dgn org yg kerja sebaris dgn kerja ni. Dorang ada skill jugak nak betulkan segala mcm tu. Bukan kosong tanpa ilmu. Ye mungkin tak semua tapi segelintir atau satu dua yg pandang cmtu. Cuma fikir, setiap apa yang kita buat, Allah beri kita sedikit ilmu untuk kita fhm dan boleh kita lakukan. Allah beri kita kemahiran dan kebolehan lain lain. Yg berbeza. Sebab tu kita ni saling melengkapkan. Ada orang dia lebih tang ni, Ada orang lebih tang tu. Tang tak tang jugak lah tapi dia lebih mahir dalam sesuatu bidang. Tp ada jugak tak mahir dalam sesuatu bidang. Sebab fitrah manusia itu saling memerlukan, bukan dia tak mahu lebih berjaya tapi dia rasa itu yang dia mampu buat lebih baik dari semua. Kalau tak ada yang pandai bab kereta siapa yang nak betulkan, nak beli baru setiap kali rosak? Kalau tak ada siapa yang pandai bina rumah, siapa nak binakan rumah untuk tempat kau berteduh? Ya kerja tu mmg kurang sikit dari perkerjaan yang high class duk kat "eyy cond" tp kalau tukang tak ada rasanya tak tercipta bangunan tertinggi didunia sebab tak ada siapa sanggup buat. Kalau tak ada guru mana mungkin jadi seorg ilmuan seorang alim. Sebab segala yang ada sebenarnya segala yang kita perlu. Jangan pandang sebelah mata sebab satu masa kita akan cari jugak.


Tujuan aku bukan untuk menyokong sesuatu tu tetapi untuk ingatkan yang stop rendahkan orang dan start merendah diri, sebab boleh jadi org yg sekadar jual nasi lemak pun boleh jadi seorg jutawan atas segala usahanya. Yg penting yakin rezeki itu ada pada mereka yang mencari.


Wallahua'lam


Lagi // Baru

Assalamualaikum w.b.t. Salam Ukhuwah fillah abadan abada. A muslim. Ini medan kecil dakwah buat diri. Segala coretan jika punya silap dan kurang mohon tegur dan diperbetulkan. Muslimah menaip.

Credits.

Template by : JellyMustache
Codes by : Jaja & Lettha
Design by : Izyan Nazirah
Edited by : BintuHairi.
Instagram : BintuHairy